Post-69606

Post 260 dari 269 dalam kisah para penggetar langit

HomeForumKomentar Bacaankisah para penggetar langitPost-69606

#260 avatar
aisya 19 Juni 2013 jam 7:41am  

Saya adalah penggemar cersil Indonesia… ini kerana di Malaysia cersil amat tidak dikenali. Sebenarnya kppl ini boleh dipanjang lagi hingga mencecah bab 100 atau lebih dari itu. Ini kerana apabila saya membaca kppl ini berulang kali hingga bab 70, saya tidak dapat meneka siapa otak besar dalam cerita ini. Tiada sedikit pun petunjuk yang menuju kepada perusuh dunia persilatan kppl. Semua ini kerana penceritaan penulis sangat baik dan teliti hingga menutup tirai pembaca dari menjengok sipa si otak besar. Kalau ada sekali pun hanya sebahagian kecil sahaja itu pun hnya tokoh-tokoh kanan si otak besar sahaja. Betapa hebatnya penulis menceritakan pergerakan si otak besar dalam kegelapan. Tetapi setelah masuk bab 71 secara tiba-tiba dan mengejutkan watak si otak besar di munculkan seolah-olah watak si otak besar memang telah di ketahui pembaca. Ini ibarat berjalan-jalan di padang pasir yang luas dan tandus. tiba-tiba ada sibiji gunung menghadang perjalanan. Sedangkan padang pasir sangatlah luas tidak bertepi.
Antara perkara yang saya ingin kemukakan adalah:
i. Diceritakan si otak besar amat teliti dan cermat dalam bertindak. Dalam bab 73 pun penulis mengatakan sin otak besar bertindak untuk motif yang berlapis-lapis. Tetapi sewaktu ceo san jatuh kedalam jurang, si otak besar bertindak bodoh. Ini kerana si otak besar tidak membuat sebarang pemereksaan samada mayat ceo san masih utuh atau tidak, masih hidup atau tidak.
ii. Watak-watak sambil lalu. Dalam awal penceritaan kppl, banyak watak-watak ini bermunculan dalam menyokong ceo san dan rakan untuk bergerak dalam dunia persilatan. Ada yang baik dan sebaliknya. Tetapi kenapa tidak watak-watak seperti ini tidak di munculkan pada pada bab71 keatas? Contohnya: watak bekas kekasih ceo san, watak lelaki paling kaya, watak keluarga gan, dan ramai lagi.
iii. Watak kim-tayhiap. Setelah tamat pertarungan anda suma-tayhiap dan kim-tayhiap, mereka pun bersahabat. Tetapi dalam bab penamat watak sahabat suma tayhiap yaitu kim tayhiap tidak di munculkan pun oleh penulis. Kemana gerangan kim tayhiap telah pergi? Adakah watak kim tayhiap pengecut untuk membantu sahabatnya dalam menumpas pemberontakan si otak besar?
iv. Sehingga tamat nama baik ceo san masih tercemar di kalangan dunia persilatan. Dalam bab-bab terakhir kppl, hanya watak-watak sahabat sahaja yang mengetahui kisah si otak besar.
v. Apakah nasib tiga tokoh perguruan besar yang jatuh kejurang? Hidup? Mati? Dan bagai mana nama baik mereka dalam dunia persilatan? Terlalu samar untuk mengetahuinya.
Sebenar banyak lagi perssoalan yang saya ingin kemuka tetapi mungkin itu semua hanya persoalan remeh sahaja. Harap penulis dapat menerima persoalan hati pembaca. Saya bukan mahu mengkritik atau mengkeji, Cuma ingin melontarkan persoalan sahaja. Bagi saya kppl adalah karya yang baik untuk memulakan penulis melahirkan karya-karya hebat lagi hingga menjadi penulis yang hebat standing dengan penulis cersil yang telah menjadi lagenda..
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dengan karya penulis. Sangat menarik, penuh dengan intrik dan muslihat, motivasi, ungkapan-ungkapan berkhemah dan mempunayi matlamat dalam membimbing pembaca kepada hidup yang lebih baik dan sempurna.
Maaf sekiranya tulisan ini menyakitkan hati penulis. Niat saya adalah luahan hati sebahagian kecil pembaca semata-mata
Sekian terima ksih
Salam kuala lumpur..