Post 38 dari 41 dalam BUDI KSATRIA
Home → Forum → Komentar Bacaan → BUDI KSATRIA → Post-70801
#38 |
pheerblue
24 November 2013 jam 1:42pm
 
hemmmm... saya telah selesai membaca kesemua siri kunci rahasia ini. keseluruhannya memang menarik, membuatkan orang untuk terus membaca. walau bagaimana pun, terdapat beberapa kekurangan yang mungkin tidak disedari oleh pengarang. antaranya terdapat beberapa peristiwa yang telah berlaku di siri2 awal, tetapi di siri berikutnya seolah-olahnya perkara itu baru dijumpai. selain itu, terdapat beberapa perkara yang sering berubah-ubah, contoh nya sarung tangan yang digunakan oleh siauw ling itu sendiri, pada mulanya ianya dikatakan diperbuat dari kulit ular, kemudian pulak diperbuat menjangan. saya tak pasti kalau ianya adalah benda yang sama kerana saya dari malaysia dan mungkin tidak begitu faham dengan makna yang sebenarnya. selain itu, saya begitu kecewa kerana ternyata akhirnya kitab sakti yang diperoleh itu langsung tidak digunakan. kalau hendak dinyatakan keseluruhannya memang agak sakit hati kerana ianya adalah antiklimaks di akhirnya. walau bagaimana pun, terimakasih kepada yang telah bertungkus-lumus mengupload cerita ini di sini.... sekian terimakasih... |