Post-5769

Post 88 dari 494 dalam Yang Lucu x2

HomeForumGeneral discussionsYang Lucu x2Post-5769

#88 avatar
hey_sephia 23 April 2004 jam 4:07pm  

Dua orang hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka mati:

Hantu 1 : "Bagaimana kau boleh mati?"

Hantu 2 : "Aku mati akibat kesejukan..."

Hantu 1 : "Macam mana rasanya mati dalam kesejukan itu?"

Hantu 2 : "Sebenarnya aku terkurung di dalam peti es...., mula2 aku
cuma menggigil, lepas tu anggota aku mula membeku, kemudian aku rasa
dunia aku gelap, dan akhirnya.... ... tapi aku rasa bersyukur kerana aku
mati
tanpa banyak kesakitan......."

Hantu 1 : "Ishh... kesiannya kau"

Hantu 2 : "Kau pulak?, Macam mana kau boleh mati...?

Hantu 1 : "Aku kena serangan sakit jantung..."

Hantu 2 : "Ooooo....macam mana kau boleh kena serangan sakit jantung...?"

Hantu 1 : "Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang. Suatu
hari...., aku balik ke rumah secara mengejut. Aku nampak ada kasut lelaki
dekat depan pintu...., Ku tahu isteri aku sedang bermesra dengan jantan
lain. Aku berlari masuk bilik kamar tidur, cuma ada isteri aku..... aku
tahu mesti jantan tu bersembunyi dekat mana-mana..... aku lari masuk
bilik air, tak de juga, kemudian aku lari ke tingkat bawah, tengok dalam
setor, pun tak ade, kemudian aku berlari naik ke tingkat atas semula, tengok

dalam almari... sebab terlalu penat aku berlari lalu aku kena sakit
jantung.... memang sakit dan akhirnya ....AKU.... MATIIII...."

Hantu 2 : "Alamak..... kau tak tengok dalam peti es.... kalau tak....,kita
berdua masih hidup lagi sekarang ni...."